
2 minggu lalu, saya sempat hadiri satu lagi perkongsian mengenai storytelling a.k.a mendongeng. Beliau senang dikenali sebagai Paman Gery. Story telling beliau bukan sahaja digemari anak – anak, tetapi orang dewasa.
Saya kongsikan beberapa yang beliau kongsi.
1. Storytelling itu suatu yang paling mudah untuk sampaikan values. Anak susah untuk terima values dalam bentuk perintah.
2. Dunia bertutur, adalah naluri manusia. Untuk sampaikan values TANPa di paksa.
3. Dunia bercerita bukan hanya buat anak anak. Org dewasa juga suka. Cthnya, cerita di radio, cerita di sinetron, cerita di sosial media.
4. Semua manusia boleh mendongeng. Ia adalah imaginasi…
5. Pencerita perlu cepat atur alur cerita.
6. Bercerita itu paling sesuai semasa pencerita dan pemdengarnya mempunyai bonding.
7. Tak kiralah pagi petang siang atau malam . Pokoknya waktu kita dpt beri perhatian dan dia dpt beri perhatian.
8. Bagaimana nak mula bercerita?
– Baca cerita, read aloud kepada anak – dari buku cerita.
– Dapatkan idea dari anak sendiri. Nak cerita pasal apa harini ?
9. Anak adalah zaman golden age mereka. sangat cepat pertumbuhan otaknya. Waktu ini sgt cepat. Grab waktu ini.
10. Cerita dongeng itu, Tak semua cerita tu, sesuai utk anak anak . Ada cerita yang seram, yang violence, yang banyak cerita yang merendahkan wanita. Tom n jery suka balas dendam ? So, jangan biar mereka lihat cerita begitu . Twist cerita supaya anak lihat ni .
11. Awas cerita cerita berbentuk ancaman. Walaupun hanya melalui nyanyian. Tetapi impak value nya tetap sama. Menakutkan org mealui maklumat yg salah.