El Bosque de las Truchas, Mexico: Bukan Sekadar Tempat Memancing

Di sebuah kawasan pemancingan ikan, sekitar 2 jam perjalanan dari tempat tinggal kami di Polanco, Mexico City. Ia bukan sekadar tempat memancing. Ia sebuah tarikan pelancongan.

Sesampainya saya di sini, yang saya ingin lihat adalah dimana tempat memancing yang ramai orang itu? Lihat, airnya tasiknya yang bersih cantik. Ramai yang datang secara berkumpulan samada dengan ahli keluarga atau bersama rakan taulan.

Dikeliling kawasan memancing, Ada banyak kerusi buat orang memancing serta pondok pondok bersama meja buat yang ingin terus masak ikan dan makan di sana

Pekerjanya standby di beberapa kawasan untuk membantu apabila ada yang berjaya mendapatkan ikan. Kami sekeluarga sewa joran Dan ada juga peralatan yang kami bawa sendiri. Kali ni semua excited nak tangkap ikan. Mula-mula macam belum panas lagi, tapi bila dah nampak Ammar berjaya dapat dengan mudahnya, yang lain-lain pun teruja

Kami mula berbincang macam mana nak dapat, macam mana nak letak umpan, kat mana nak letak joran ni, macam mana nak kumpulkan ikan ikan.

Di satu ruang lain pula, kami melihat ada tempat memancing untuk kanak-kanak juga. Ia lebih kids friendly di sana. Bagus kerana ia lebih selamat untuk keluarga yang ada anak kecil

Tempat ini bukan sekadar tempat pemancingan, Ada track berjalan ke kawasan tasik yang lebih besar . Pemandangannya sangat cantik dan boleh naik sampan. Di tepi tepi kawasan tasik ini ada kerusi kerusi tempat duduk. Ia penting sebenarnya sebab ia meraikan keperluan orang yang memerlukan.

Sebelum kami pulang, kami melihat ada ramai orang di satu sudut bangunan. Rupa-rupanya itu ialah restoran dan souvenir shop. Berhadapan dengannya juga ada satu lagi area, iaitu playground kanak-kanak.

Hadir ke tempat begini, ia bukan hanya memberi ketenangan dari kesibukan harian, tapi saya suka lihat angle bagaimana mereka menaikkan value sesebuah tempat/servis/produk. Untuk Kali ini, ia bukan hanya tempat memancing, tapi pelbagai aktiviti lain.

Boleh jadi, satu produk itu, hampir sama dengan yang lain, tapi pasti ada keunikan yang bermakna pada seorang, menjadikan ia menjadi pilihan.

P/s: Saya nak share 1 link perbualan saya dengan Ali Razin masa 3 tahun sehari Lepas Kami tangkap ikan semasa di Jakarta dulu (sekarang Ali nak masuk 8 tahun – Ali ialah Yang diganbar first pegang ikan tu)

https://fb.watch/j25VPDu8Wt

Lokasi: El Bosque de las Truchas, Mexico

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Bukit rama-Rama Piedra Herrada, Mexico

25 March 2025

Andrea Hirata, Mengubah Belitung Menjadi Tempat Pelancongan Dikenali Ramai

25 March 2025