Bukit rama-Rama Piedra Herrada, Mexico

Rama-rama berterbangan setelah naik bukit sejam setengah.

Perjalanan nak ke tempat lihat rama-rama – sekitar 2 jam lebih dari bandar Polanco, Mexico City tempat kami tinggal.

Pelik, tak pernah saya terfikir untuk ke sesuatu tempat untuk lihat rama-rama, terbuka (biasanya kalau butterfly farm, dia ada banyak net Dan pintu khusus keliling tu supaya rama-rama tak keluar).

Pelik juga, apa istimewanya tempat ni yang ramai orang datang. Ye lah, park ni luas, ramai orang. Yang muda, yang berumur , yang kanak-kanak.

Saya melihat lagi, tempat ni bersih. Banyak betul tong sampah. Tak Ada sebab orang nak buang sebab tong sampah dia banyak dan besar.

Ok, saya pun excited nak pergi tengok rama-rama. Nak tahu apa yang specialnya. Oh nak tengok rama-rama ni kene naik bukit. Oklah saya ingat tak berapa jauh.

Walaupun saya tengah selsema dan terasa macam nak demam time tu, saya ok je lah. Sebab new experience.

Kids banyak kali duduk kat tepi nak tunggu mama dia sampai. Sepanjang berjalan naik atas, saya nampak, ada yang dukung anak, ada yang pangkat atuk, nenek tapi steady je tengok diorang. Sungguh banyak pelajaran dari memerhati keliling ni.

Mama, kenapa Kita kene pergi tempat macam ni? Kita memang kena sampai atas ke? Boleh tak kita turun? Banyak persoalan yang anak-anak tanya. Kami cuba layan dan bagi jawapan sewajarnya..

Rupa-rupanya lepas sejam setengah hiking naik atas, baru sampai di lokasi yang dapat lihat banyak rama-rama beterbangan.

Subahanallah, hebat pemandangan Ini, sungguh, nikmat mana lagi yang kita mahu dustakan.. hebatnya kerajaan dan kekuasaan Allah. Rasa seronok dan satisfying sebab akhirnya sampai sambil melihat rama-rama beterbangan

Penat memang penat sangat. Sebenarnya Remy Azrai M Amin dan kids laju je. Saya yang lambat. Tapi seronok sebab semua sudi tunggu.

Ok, Kami spend dalam 30 – 40 minit kat atas Tu, kemudian turun. Turun laju je la. Tapi kena hati-hati sebab banyak batu, pasir banyak debu. Pelawat-pelawat ke sini ramai orang Mexico Dan luar Mexico. Bagi saya mereka saling membantu. Team tempat ni pun ada ramai yang guide sepanjang nak naik dan turun. Sebab kalau lambat, atau tercepat dari group, takut tersesat.

Alhamdulillah, pengalaman dan pelajaran kehidupan yang mahal

P/s: Nanti saya share video rama-rama tu pada next post ya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Meneroka Alternatif Gantikan Minat Anak Kecil Pada Gajet

25 March 2025

El Bosque de las Truchas, Mexico: Bukan Sekadar Tempat Memancing

25 March 2025