

Kami belajar seribu satu perkara dalam menjayakanya. Ammar beberapa kali beritahu dia tidak mahu ke sekolah pada hari acara exit point ini kerana perlu buat costume sendiri, bukan costume beli. Ia di beri masa yang agak lama sekitar 3 minggu kalau tak silap.
Kami belajar dari situasi ini – bahawa anak-anak tidak suka perkara yang nampak complicated. Jadi dia tidak mahu bekerjasama.
Saya membuat beberapa diskusi dengan Ammar tentang kita semua ada task masing-masing untuk mencapai apa yang kita mahu. Ammar memahami tapi masih belum mahu buat.
Ayahnya Remy Azrai M Amin yang cool, mengajak Ammar cari maklumat di internet, untuk dapatkan idea-idea membuat costume austronaut. Mereka berdiskusi, melakar beberapa plan apa yang mahu dilakukan dan bahan-bahan yang terlibat . Ade plan pertama ada juga plan terbaru.
Bahan – bahan gigih dicari oleh ayahnya. Tiba Hari menyiapkan projek, kami membahagi peranan bersama anak-anak . Pagi itu ayah Ammar harus ke pasar kemudian outstation.
Proses membuat projek adalah proses yang pertama sekali melatih ibu ayah menahan perasaan ingin anak buat idea kita. Kita boleh guide tapi inilah ruang untuk anak kita kreatif dan inilah ruang untuk kita tunjuk bahawa kita meraikan perbezaan pendapat , selagi ia manageable.
Elok, tak elok, jadi, tak jadi, cantik ,tak cantik, itu semua kita perlu tahan. Berikan ruang, kerana disitu banyak pelajarannya untuk mereka. Kunci utamanya untuk Kita adalah SABAR . Fokus Raikan PROSES.
Sabar bukan menahan emosi biar jadi kaku. Tetapi mengurus perasaan dan persepsi dengan lebih baik. Ini adalah latihan untuk kami. Ia adalah latihan untuk semua Ibu ayah. .
Esoknya ada bahan yang tak jadi seperti yang diharapkan. Topi menjadi mengempis mengikut belon yang mengempis juga. Ammar sudah risau. Di sini kitalah yang kena cool. Peranan kita untuk bantu dia lihat apa yang menyebabkan hal ini terjadi dan bagaimana membaikinya. Kita perlu POSITIF. Ini peringatan lagi buat saya. Kawal emosi kita adalah penting sebelum kita mengharapkan emosi anak lebih baik.
Adik beradik lain boleh kita libatkan untuk bermain peranan bersama. Sorang tukang tampal, sorang tukang spray. Mereka mesti ada kerja juga supaya tidak rasa ditinggalkan. Ada waktu, kita perlukan masa untuk anak-anak lain juga. Waktu untuk anak lain perlu diusahakan supaya mereka juga dipenuhi keperluan.
Kesejahteraan ibu ayah. Akhir sekali, saya merasakannya antara satu elemen penting Dalam Kita terlibat mengurus anak-anak adalah pastikan kita sejahtera. Rehat dulu kalau memang tak larat. Nak santai-santai dulu. Jangan abaikan keperluan Yang satu ini. Happiness. Dulu saya suka paksa diri saya. Tetapi saya nampak, lebih baik saya rehat supaya dapat berikan impak yang lebih baik buat anak.
Kesimpulannya, memang sangat banyak step dan ambil masa beberapa hari nak siap semua kalau kita ada banyak agenda lain di rumah. Tetapi anak akan nampak lebih mudah bila kita berada sebagai fasilitator aktif. Bukan sekadar suruh + paksa.
Mama Abah Belajar