Keadaan ini mungkin sedang anda hadapi. Ia mungkin amat merisaukan anda tetapi tenangkan fikiran sebentar dan baca perkongsian ini.
Untuk situasi begini, mulakan fokus kepada menarik minat dahulu. Biar dia rasa selesa. Kebiasaan yang dibentuk dengan santai, mampu menarik minat jangka masa panjang anak.
Kalau belum pandai baca bagaimana? Atau belum suka nak membaca? Siap lari bila ajak baca. Ini yang saya belajar. Ada beberapa cadangan.
1. Boleh mulakan dengan tidak langsung membaca buku tersebut. Cukup sekadar duduk bersama anak dan santai berborak tentang gambar pada buku.
2. Boleh minta mereka ceritakan pada kita juga tanpa perlu mereka baca. Di sini, peranan gambar sangat penting. Tak perlu rush untuk habiskan semua mukasurat. Satu muka pun tak apa asalkan kita dapat pupuk minat.
3. Kita bacakan pada mereka. Sebenarnya sangat digalakkan ibu ayah untuk membaca buku pada anak-anak walaupun mereka dah pandai baca. Ia sebenarnya memupuk cinta baca, cinta ilmu dan yang paling mahal adalah hubungan kasih sayang yang terjalin. Disinilah peluang untuk mempererat hubungan keluarga.
4. Gunakan pelbagai intonasi, gaya dan respon ketika kita membaca pada anak. Begitu juga sekiranya anak yang membaca, jangan biarkan bacaan mereka tidak di sambut dengan respon kita. Tunjukkan kita juga teruja nak tahu.
5. Sekali sekala boleh main teka apa cerita seterusnya kalau ia berbentuk kisah. Ataupun main cari cari gambar di buku tersebut. Anda boleh olah ikut perkembangan anak.
6. Selain daripada bercerita tentang isi buku, boleh panjangkan kepada lagu, melukis berdasarkan cerita di buku.
7. Anda sebagai ibu ayah, boleh buatkan buku santai untuk anak. Buku mengenai diri mereka! Katakan anak anda tolong suka menolong. Jadi, anda boleh buat buku ringkas mengenai Kakak tolong Mama dan Abah.
Alhamdulillah,ini yang saya belajar. Moga ia bermanfaat.
Adakah tulisan ini bermanfaat untuk anda? Sekiranya ya, mohon di panjangkan ya