Eh, bukan baru ni, revisiting aktiviti yang pernah saya buat dulu. Bila baca buku syok sangat, antara perkara yang saya rasa rugi kalau tak ada apa-apa catatan mengenainya. Sebab bila nak refer, dan tak ada walau sedikit catatan saya kena explore semula.
Saya kongsikan serba sedikit quotes dari buku The Power of Habit karya Charles Duhigg. Buku ni saya baca dah lama, last year. Tapi memberi kesan mendalam. Buku ini saya pinjam dari bonda tercinta Noor Hayati Abdul Hamid . Buku kuning, bahasa inggeris ini di rak itu sering saya lihat tapi belum dibelek-belek. Tebalnya seinci lebih sedikit. Saya mengambilnya Dan menjiwai bacaannya sedikit-sedikit.




Charles Duhigg berkongsi dapatan dari kajian kajian beliau mengenai bagaimana sebuah habit boleh terjadi, macam mana pula nak perbaiki habit yang kita tak nak, dan macam mana pula Kita boleh guna maklumat ni untuk perbaiki kebiasaan dalam sesuatu organisasi, dalam kumpulan yang kita nak improve sehinggalah bagaimana pula ia mempengahi persepsi dan marketing sesebuah produk.
Ada satu bab dalam buku ni yang saya sangat tertarik, iaitu mengenai bagaimana seorang lelaki yang membesar dengan suasana mak ayah drug addict, dan beliau melalui fasa membesar yang sangat tidak sihat. Ia mempengaruhi perangai beliau tetapi akhirnya beliau sertai sebuah syarikat yang mempunyai program pembangunan untuk pekerjanya.
Program tersebut mengambilkira banyak faktor dan latihan yang mereka rasakan amat penting Yang mempengaruhi produktiviti staff mereka, tetapi tiada di sekolah, kolej atau universiti. Antaranya adalah bagaimana memupuk disiplin dikalangan pekerjanya. Dipeddekkan cerita, akhirnya lelaki ini berjaya mengetuai puluhan cawangan restoran kedai kopi mewah jenama syarikat tersebut.
Kadangkala megubah atau memperbaiki sesuatu itu kita nampak ia rumit. Tetapi sekiranya kita melihat bagaimana proses ini boleh berlaku, ia membantu kita identify di mana yang boleh kita kekalkan dan apa yang boleh kita ganti dengan sesuatu yang baru.




Ada banyak story dalam ni. Tak dinafikan gaya penyampaian dalam buku ni, yang ada story, kemudian diselitkan dengan dapatan dari kajian dan diskusi, membuatkan ia menarik dan enak dibaca walaupun ia adalah buku yang sarat dengan ilmu.
Pada masa saya membaca buku, saya kongsikan dengan beberapa rakan di Naluri Kreatif tentang bagaimana ini juga boleh kita implement dalam pendidikan. Kebetulan waktu itu hampir kepada hari sukan anak anak di rangkaian tadika Naluri Kreatif, saya memberi cadangan agar sukan ini diadakan bukan sekali tetapi ia berjalan selama sebulan, sedikit sedikit dan ada aktiviti sukan anak anak dirumah bersama Ibu bapa supaya ibu bapa juga mendapat idea dan seronok beraktiviti
Apapun, kita semua semestinya ada habit yang kita nak improve kan? Jadi dengan ada serba sedikit ilmu mengenai ini, moga ia membantu kita capai apa yang diimpikan. Takkan ada sesuatu yang nak dicapai tanpa disertai dengan usaha.
Btw, buku ni adalah buku best seller dan dah ada terjemahan kepada Bahasa Melayu oleh PTS! Kalau nak link buku terjemahan kepada bahasa melayu, saya kongsikan link https://s.shopee.com.my/2VcgKPOrE7.