Andrea Hirata, Mengubah Belitung Menjadi Tempat Pelancongan Dikenali Ramai

Belitung dulu sepi, ia berubah kesan dari Laskar Pelangi. Hebatkan.

Weekend baru-baru ini, kami sekeluarga ke Belitung, sekitar 55 minit naik kapal terbang dari Jakarta. Siapa pernah baca buku atau menonton Laskar Pelangi, pasti kenal dengan Belitung. Jangan main-main, Laskar Pelangi memenangi beberapa anugerah di Indonesia dan Antarabagsa.

Sungguh, penulisan Andrea Hirata dalam bukunya Laskar Pelangi mengenai kisah hidupnya yang telah di terjemah kepada puluhan bahasa dan difilemkan, telah mengubah Belitung kepada sebuah pusat pelancongan yang famous.

Apa impaknya? Diceritakan oleh driver Yang membawa kami, Belitung dulu sepi. Tetapi sejak Laskar Pelangi, Belitung sangat banyak berubah. Masyarakat setempat dapat jana pendapatan yang jauh lebih baik.

Berada di replika sekolah kampung semasa beliau kecil, memberi sebuah inspirasi tambahan. Sekolah yang serba kurang, tatapi hadirnya semangat Yang besar. Saya berfikir, hebatnya inpirasi yang diberikan oleh seorang guru, mampu menguatkan semangat juang seorang anak. Ibu Muslimah namanya.

Selain panorama pantai dan pulau yang indah. Melawat Muzium Kata yang mengumpulkan hasil hasil karya Andrea Hirata, menyuntik sebuah cita-cita besar.

Anak-anak bertanya macam-macam. Saya ambil peluang ini menyuntik minat menulis pada anak. Penulis, Andrea Hirata adalah bukan anak orang senang. Tetapi hasil dari penulisan beliau, ia memberi impak ekonomi yang besar buat Belitung.

Bukan target akhirnya nak suruh semua anak jadi penulis, tapi cintakan ilmu, agar ilmu yang mereka dapat, dapat memberi manfaat bagi ramai orang lain.

Soalan Ammar: Mama, masa writer ni tulis buku, dia dah plan ke yang dia nak change kampung dia kepada sekarang? Mama dia pun tak tau nak jawab, jadi saya jawab, lebih kurang macam ni. “Mama rasa, dia tak plan nak ubah kampung dia jadi macam sekarang, tapi when we do our best, Allah will give more that what we plan” . Ammar sukakan diskusi. Saya layankan.

Melihat banyak trofi-trofi di sudut literasi dengan frame dan artwork yang menarik museum kata itu, Raihan menyampaikan hasrat, ” Mama, can write books? Mama, I already write stories. My teacher said it is good. Can I get trophies?” Teruja dengan jawapan Raihan, saya menyokong penuh Raiahan dan terasa semakin bermotivasi membantu anak-anak. Minat Raihan dalam menulis semakin bertambah bila dia berkongsi pada keluarga, poster dengan quotes beliau sendiri

Raudhah sibuk membaca cerita tentang Belitung Dan berlari-lari museum itu. Bagi saya museum ini cukup sederhana. Tetapi yang mahal adalah kerana mereka pandai decorate. Sungguh, Artwork itu penting untuk menarik minat orang mencintai ilmu. Pulang dari Belitung, satu jam pertama, Raudhah memghabiskan masa melukis 4 pemandangan pemandangan berbeza, hasil inspirasi Belitung. Kemudian beliau tulis tajuk- tajuknya.

Antara yang paling menarik selain inspirasi kembara ilmu itu, adalah Island Hopping. Sekitar 5 pulau kami sempat pergi dalam masa 1 hari. Bagi anak-anak, yang paling best adalah kecantikan luar biasa semasa snorkeling bermain pasir dan pantai pantainya.

Makanan yang mirip dengan orang Malaysia di sini adalah Satar, yang selalu ada di sekitar Terengganu (dipanggil Sate Ikan), Ikan Masak Asam Pedas (Tapi warnanya kuning mcm singgang orang Johor), Lontong (Kalau di Jakarta, Lontongnya tanpa kuah. Di Belitung, lontongnya ada kuah macam di Malaysia tapi warna putih sikit). Di sini, makanan seafood lebih murah, ayam daging lebipercay. Senang cari makanan halal.

Pulang dari Belitung, ku berpesan pada diri untuk cari buku Laskar Pelangi dan nak hayati lebih mendalam.

Harini ku berfikir berapa sejarah itu sekiranya dibawa untuk dihayati dengan baik, mampu memberi seribu makna. Dan apa yang lebih penting, kita belajar dari sejarah. Dan buat yang terbaik berdasarkan sejarah dan maklumat terkini.

Ku berfikir lagi, besarnya peranan guru dalam kehidupan. Teringat pula guru guru matapelajaran Sejarah. Puan Zaiton, Puan Suriani Ryzal , Cikgu Aziz. Mereka bukan hanya berkongsi ilmu, mengispirasi minat.

Buat semua yang terlibat dalam pendidikan, bila di beri ruang dan peluang yang sepatutnya, pendidikan akan memberi impak besar pada anak-anak.

Buat ibu bapa, moga ini menjadi inspirasi buat kita terus membantu anak kita meraih potensi mereka.

Buat yang menulis di mana-mana medium sekalipun, sama-sama kita terus menulis. Manfaat yang kita berikan walaupun sedikit dengan cara masing-masing, mungkin mampu membawa manfaat besar buat orang lain.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

El Bosque de las Truchas, Mexico: Bukan Sekadar Tempat Memancing

16 April 2025

Tips Efektif Bercerita untuk Anak-Anak, Belajar Storytelling lagi dari Jakarta

16 April 2025