Kita ingat kita penyabar, tetapi bila anak mengamuk bagaimana kita bertindakbalas? Kita akan perbaiki lagi kerana ini peluang
Kita ingat kita sangat kreatif, tetapi berapa banyak kreativiti kita mati kerana ketidaksabaran kita, jangan mengalah lagi, ia laluan belajar yang mahal.
Kita ingat kita sentiasa memberi kasih sayang ketika mendidik anak, tetapi berapa banyak kali kita memberi perhatian yang sambil lewa di saat kita boleh memberi lebih pada mereka.
Kita ingat kita pandai mengurus masa, tetapi banyak kali juga kita leka dalam meletakkan keutamaan kita. Hakikatnya, belum memastikan keutaaan dalam erti hidup yang sebenar
Kita ingat kita boleh usahakan melahirkan anak yang soleh solehah, tetapi banyak kali juga hubungan kita dengan Allah terabai. Sungguh, kehadiran mereka membuka mata hati.
Kita ingat kita bijak mengurus hal ehwal anak, rupa rupanya banyak kali kita tidak merancang, gagal merancang, membunuh kualiti masa. Ayuh, kita upgrade diri
Kita sering mengharapkan anak menghormati kita, tetapi seringkali kita tidak menghormati hak anak. Malah yang perlu kita telusuri juga adalah hak semua orang dalam semua aspek.
Kita sering mengharapkan anak kita tenang, tetapi apakah usaha kita untuk membantu anak mendapat ketenangan, sungguh perjalanan kita masih jauh..
Sekadar renungan, kita ibu ayah yang sedang mempersiapkan anak menghadapi zamannya. Setiap usaha kita dalam perjalanan ini, pasti ada ganjarannya. Ayuh, fokus upgrade diri walau siapapun kita sekarang
Atas inspirasi ini, jemput baca artikel parenting di readersdiscovery.com !