Setelah anak sudah boleh membaca, saya pasti ramai yang sangat lega. Akan tetapi suatu hal yang amat PENTING iaitu minat membaca. Jangan terus biarkan anak-anak tanpa galakan membaca setelah mereka pandai membaca. Bagaimana Ibu Ayah boleh bantu?
Setelah mereka boleh membaca, tugas kita adalah bantu mereka lancar, memahami cerita dan seterusnya dapat manfaat dari input cerita untuk diaplikasikan dalam kehidupan seharian.
Anak-anak, dipermulaan peringkat membaca, sering sahaja membaca tanpa memahami. Ambil peluang mereka sudah pandai membaca, untuk fokus kepada memahami cerita. Fokus kita kali ini sudah berbeza. Ok, mari lalui step ini dengan pilihan yang santai.
















Pilih buku
Ambil buku cerita yang ayatnya cuma beberapa baris sahaja malam muka. Cuba ambil yang tidak sampai lebih dari separuh mukasurat. Ini untuk membentuk persepsi positif bahawa membaca itu senang dan sekejap sahaja. Ingat, mereka sedang level early readers.
Peranan gambar
Dari situ, biar mereka baca beberapa ayat sahaja dahulu kemudian kita berbual sambil kaitkan dengan gambar. Explorasi gambar memainkan peranan untuk anak-anak early readers. Santai santai ya macam kita berbual MESRA dengan anak.
Mesti seronok
Pastikan ia tenang dan seronok. Kaitkan apa yang muka surat sebelumnya. Kalau tak berjaya habis satu buku cerita santai, sambung lagi hari berikutnyaya, jangan paksa .
Sebagai motivasi, kita pula boleh kaitkan cerita dalam buku dengan kisah diluar yang reality . Ia sebenarnya membantu memupuk persepsi dan motivasi anak untuk membaca dan faham disamping dapat proses maklumat. Boleh pelbagaikan dgn cara buat teka teki, cuba borak tentang karakter dalam buku, tentang ilustrasi buku, biarkan dulu mereka dapan kuasai ini. Dan biasakan.
Penglibatan aktif ibu ayah
Setiap hari pastikan membuat aktiviti membaca ini dengan anak. Kita sendiri boleh berlakon, buat kelakar. Buat projek berdasarkan cerita. Saya sendiri pernah berlakon watak yang anak saya bacakan. Mereka seronok sebab terlibat sama.
Tapi bila suruh baca, mereka tak nak baca
Untuk pastikan anak sering membaca ini, saya letakkan sebagai tugas ibu ayah. Bukan tugas anak.
Selain buku cerita
Cuba juga explore buku-buku yang meransang semangat ingin tahu. Sekarang, ada buku-buku seperti ensiklopedia yang amat mesra anak dan amat interaktif. Buku sebegini, membantu anak menjawab persoalan dalam fikirannya dengan cara yang santai.
Akhir sekali untuk artikel ini, bawalah anak-anak ke perpustakaan. Kadangkala, mereka perlukan suasana yang menyokongnya. Tahan diri dari berkecil hati sekiranya ada anak yang tak berminat nak ke perpustakaan . Gunakan kreativiti untuk menarik mereka. Semasa di perpustakaan juga, gunakan pendekatan berbeza-beza bagi setiap anak bersesuaian dengan levelnya. Ada anak, sekiranya terus di saran untuk mencari buku level yang tebal-tebal, mereka jemu. Untuk anak begini, pilih yang lebih ringan, nipis dan lebih banyak gambar berwarna. Ada anak, mereka perlukan kita untuk memulakan membaca. Jadi bacalah bersama mereka. Ada juga yang mahu kita mendengar dia membaca. Maka Kita sesuaikan sahaja ikut keperluan, jangan terlalu mencari yang perfect untuk semua.
Saya menulis, kerana melaluinya. Moga ramai mendapat manfaat.