Ini di buat oleh anak-anak saya Ali, Raihan, Raudhah, Ammar, selepas mereka rasa kek yang Ali buat dari kelas online, sedap. Mula – mula Ali dapat resepi semasa kelas online 6 tahun Tadika Naluri Kreatif oleh Teacher Atie dan teacher Syafiqah. Bayangkan, mereka buat dalam kelas online. Saya pun teruja sebab tak pernah buat kek ni.
Ali bawa kertas cara buat kek yang Ali dah tulis sebelumnya. Seronok sangat sampai kakak abang dia nak buat juga. Cikgu-cikgu dan pendekatan Naluri Kreatif ni banyak hands on. Baru otak anak berkembang. Ada painting, masak, eksperimen, menggunting, tampal sana sini dan interaksi 2 hala. So anak seronok ada orang layan dia.
Jom lah kita buat ramai-ramai
OK ini resepinya: Bahan bahan buat marble kek:
1. 1 setengah cawan susu pekat
2. 1 setengah cawan butter
3. 4 biji telur
4. 2 cawan tepung gandum
5. 2 sudu kecil baking powder
6. 1-3 Pewarna makanan
Step
1.Campurkan 1 & 2 dan pukul rata.
2. Masukkan telur perlahan lahan n pukul rata
3. Masukkan gandum dan baking powder
4. Asingkan dalam bekas berlainan menjadi 4 bahagian
5. Masukkan beberapa titis perna mknn. Satu bekas satu warna. Blh juga tinggalkan sebekas tanpa apa apa warna
6. Masukkan dlm loyang/bekas yang boleh bakar kek. Setiap warna, sedikit sedikit. Boleh ikut corak mana yang nak cuba.
7. Ulang step tadi sampai habis. Atas sekali boleh gunakan lidi atau sudu untuk buat Garisan Garisan yg di gemari
8. Masuk oven 170 darjah celcius selama 45 mins.
Kalau x guna oven.. Boleh cuba kukus atau air fryer. Tp maybe kene ejas timing. Cara nak letak bagi corak cantik, bolehlah tekan Encik YouTube. Ada banyak contoh
P/s: Inspirasi kelas online Naluri Kreatif