Saya nak beli ni satu ya

Semasa kecil dulu, mesti ramai yang main jual-jual, restoran-restoran, doktor-doktor, cikgu-cikgu kan? Ha, permainan ni memang bestkan. Kekal best sampai sekarang.

Kanak-kanak, sekiranya diberi peluang, mereka akan menyerlahkan potensi mereka. Ini akan membina keyakinan mereka. Lebih banyak diberi peluang mencuba sesuatu yang real, mereka akan dapat banyak peluang untuk belajar dan berjaya.

Pretend play adalah antara aktiviti yang digemari oleh ramai kanak-kanak. Gambar yang saya kongsikan adalah aktiviti menjual dan membeli pakaian oleh kanak-kanak berumur 1 setengah hingga 3 tahun.

Mereka bermain dengan cara dan level mereka. Dalam aktiviti ini, anda akan mendengar banyak perbualan mereka. Peluang berkomunikasi berlaku secara semulajadi. Kosa kata seperti baju, nak beli, duit, yang tu, yang ni, sudah pastu akan kedengaran.

Ada yang bercakap jelas, ada yang pelat, semuanya diraikan. Proses ini penting untuk perkembangan bahasa mereka dan ssbelum itu ialah kemahiran mereka bersosial. Kemahiran sosial sangat penting untuk anak rasa selesa dan yakin berkomunikasi.

Sekiranya anda lihat pada gambar, anak di beri peluang mencari, memilih, mengambil barang yang disukai, kemudian membayar. Ini adalah proses-proses kecil yang dilalui kanak-kanak ini.

Banyak kemahiran yang diperhalusi di sini. Melului kajian dan pemerhatian pada anak didik kami, Pretend play, apabila dilakukan secara berkala dan dipelbagaikan, akan membuahkan hasil yang amat baik.

Mak ayah, boleh lakukan di rumah dengan bahan-bahan yang ada dirumah sahaja. Sudah tentu, Ia akan jadi lebih meriah apabila mak ayah memberikan sokongan dan respon yang menyeronokkan.

Kita mampu mewujujudkan ekosistem yang menyokong keperluan dan perkembangan kanak-kanak, mengikut kapasiti dan peranan masing-masing.

P/s: Semasa kecil dulu, pretend play apa yang paling anda suka?

Kredit Gambar: Playhouse Naluri Kreatif Bangi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kesempurnaan atau kualiti hubungan dengan anak?

10 February 2025

7 Manfaat Besar Pretend Play Kepada Kanak-kanak yang ibu bapa perlu tahu

10 February 2025