







Salah seorang anak saya, suka sangat tangkap gambar pokok bunga. Harini saya lihat kembali bunga-bunga hasil tangkapan ya. Banyak sunggu. Ini gambar di rumah Tok Ma Noor Hayati Abdul Hamid.
Bunga yang pelbagai warna, bau, dedaun yang pelbagai corak, amat mendamaikan. Semuanya ada waktunya untuk berbunga, berubah, hidup dan matinya yang tersendiri. Saya sering terfikir, hebat ya kejadian Allah, di satu lokasi, pelbagai bunga, buah, sayur boleh keluar.
Ia keluar dari lokasi tanah yang sama. Bahan yang tanah yang hampir sama, kualiti air yang sama. Tetapi hasilnya pelbagai. Kepelbagaian itu pula menjadikan ketenangan buat orang yang memerlukannya. Hebatnya Allah menjadikan bumi kita mempunyai pelbagai keindahan untuk dinikmati. Ibarat kita melihat laut dan pantai yang amat luas. Ia memberikan semua inspirasi dan peringatan tentang kekuasaan Allah. Sekaligus tentang pengharapan kita kepada yang Maha Pencipta segala kehebatan ini.
Bunga, sayuran, buah yang pelagai rasa, ada yang hidup lama, ada yang tak panjang hayatnya. Masing-masing memerlukan pendekatan yang sedikit berbeza dengan satu-sama lain. Walaupun ada banyak persmaan cara penjagaan dan pembiakan.
Namun, mereka tetap berbeza. Seperti kehidupan, menjadi berbeza itu tak semestinya menyakitkan dan memburukkan, tetapi berbeza itu melengkapkan.
Ada yang sangat senang jaga dan dibiarkan menurut saya. Tetapi tidak pula menurut orang. Ada juga disebaliknya. Ibarat kehidupan, ada yang menurut kita mudah, tetapi tidak bagi orang lain. Lebih baik kita santuni dan hargai serta belajar dari persepsi mereka. Yang susah tak semestinya selamanya susah. Yang senang juga begitu. Yang penting, nilai proses menjayakannya jauh lebih penting.
Tak semua juga akan hidup apabila ditanam. Dalam banyak percubaan, dan usaha, kadang kala kita sedih sangat apabila pokok kita mati setelah kita sudah usahakan menjaganya. Patah tumbuh, hilang berganti. Ia memberi sebuah pengharapan.
Sungguh, sangat banyak hikmah. .