Idea Aktiviti Cuti Sekolah yang Santai Dirumah

Aktiviti macam ni, bantu anak fokus dan bantu perkembangan bahasa.

Kanak-kanak, bila mula masuk tadika, antara perkara yang Ibu ayah selalu harapkan adalah mereka cepat boleh baca.

Bagi pihak pendidik pula, bisanya mereka akan polish skill skill yang membolehkan proses anak belajar membaca ini.

Ada juga ramai orang dewasa, yang tak perasan bahawa untuk membolehkan anak itu membaca, mereka memerlukan banyak kemahiran asas yang jauh lagi penting. Akhirnya anak dilabel tak suka belajar, anak ni tau main je. Jangan begitu, mungkin Kita belum habis explore dan belum habis cuba pelbagai cara.

Antara yang penting ialah kemahiran mendengar arahan, ikut arahan, boleh memberi fokus, dan perkembangan bahasa yang selari tahap mereka. Selain itu, kemahiran motor, kebolehan membezakan bentuk, dan beberapa lagi.

Ok, jadi kenapa saya share gambar ini? Kerana Ibu ayah boleh bantu proses ini menjadi lebih smooth dengan ajak anak buat aktiviti di rumah.

Contoh yang saya berikan ini mostly house chores yang praktikal. Sambil buat ni, kita boleh borak dengan mereka ikut level masing masing. Masa basuh pinggan, masa nak asing-asingkan, boleh bual pasal bentuk, warna, atas bawah, kuat perlahan.

Kesian anak? Ok sebenarnya buat ni tak lama pun. 10 minit hingga 45 mins. Bergantung pada kesesuaian aktiviti dengan anak tu. Kalau lama pun, bisanya akan Ada gap buat benda lain santai.

Intinya santai. Contohnya nak lap meja dengan sabun, boleh buat seronok seronok je dengan buih yang keluar. Begitu juga asingkan & kemas mainan, boleh main sorting out toys ke dalam bakul ikut jenis. Esok tu, buatlah aktiviti lain pula. Imagine kalau kita entertain macam ni sambil berbual, perkembangan bahasa mereka akan bertambah baik.

Aktiviti ini juga sebenarnya adalah character building. Bila tingkahlaku mereka mudah diurus, boleh ikut arahan, bisanya aktiviti nak polish skill akedemik akan lebih mudah.

Jemput mulakan walaupun sedikit dan sebentar dan lihat bagaimana kebaikannya.

P/S : Kalau Ada rakan-rakan saya Yang mencari tadika atau playschool yang konsisten menggunakan pendekatan ini Dalam pendidikan awal kanak-kanak, boleh search Naluri Kreatif . Ada 16 cawangan . Di Gombak, Melawati, Bangi, Pinggiran Putra, Kuala Terengganu, & Kubang Kerian . Saya letakkan link senarai location di komen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

10 Manfaat Besar Main LEGO untuk Kanak kanak

28 January 2025

Bunga, Dedaun dan Hikmah Kehidupan

28 January 2025