Saya nak cari tadika yang banyak hands on activities.

Saban tahun, tidak sedikit ibubapa yang datang survey Tadika and Playschool Naluri Kreatif menyatakan hasrat ini.

Aktiviti hands on penting untuk kanak-kanak kerana ia melibatkan banyak pancaindera. Banyak praktikal mendahului teori. Ibu Ayah, dekat sekolah dulu pasti anda dapat lihat sendiri sangat berbezanya impak cara belajar dengan hands on dan tiada. Ia membantu foundation kepada banyak kemahiran yang lain.

Banyak hands on maksudnya kuantiti aktiviti sebegini adalah banyak dan meaningful. Banyak maksudnya konsisten ada aktiviti dan anak enjoy, serta dapat benefit darinya.

Untuk menjayakan ini, Naluri Kreatif menggunakan pelbagai aktiviti real life experience seperti memasak, berkebun, berlakon, bermain, selain art and craft Dan ia dijalankan secara aktiviti utama, bukan sampaingan. Ia Ada ‘storytelling’nya. Prosesnya saling berkait.

Bukankah semua tadika ada buat aktiviti macam ni? . Kelebihan Naluri adalah pada consistency dan banyak mana ia dibuat secara meaningful. Kajian banyak membuktikan bahawa untuk sesebuah tingkahlaku menjadi kebiasaan, ia memerlukan consistency

Macam mana nak jadi meaningful? Ia sangat bergantung pada bagaimana suasana aktiviti diwujudkan. Suasana yang mengujakan akan mengundang keseronokan untuk tahu lanjut. Perasaan nak tahu lanjut, nak cuba sendiri di sulami dengan kemahiran guru mengendali dan create curiosity berterusan, mengundang kerjasama anak.

Anak semakin fokus sebab teruja. Anak dengar arahan sebab excited nak terlibat sama. Mereka berbincang dan negotiate macam mana nak achieve target dengan bahasa mereka ikut level mereka. Mereka nak buat sampai jadi. Sampai boleh sama-sama celebrate.

Nak bagi jadi perkara ni, pendidik yang bijaksana akan pilih apa yang relavan untuk umur anak ini serta mengemudi dengan bahasa, intonasi yang engaging. Ada juga pendidik secara umumnya, yang pakai buat je tak faham perkembangan kanak-kanak, ini bahaya. Sebab nanti anak buat je, tak enjoy and memberi benefit pada mereka.

Manfaat utama dari ini adalah ia amat membantu kemahiran bersosial, kemahiran motor dan curiosity yang tinggi. 3 perkara ini Kami saksikan perlukan perhatian tinggi tapi ramai tak sedar.

P/S: Semak lokasi Naluri Kreatif di 17 tempat. Kuala Lumpur, Selangor, Kuala Terengganu dan Kota Bharu. 11 Tadika, 5 Playschool Dan 1 sekolah rendah. Link senarai alamat di ruangan komen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hobi baru - tentang memperbaiki sesuatu

6 February 2025

7 TIPS Bila Anak Lari Menjauhi Buku

6 February 2025