Punyalah semangat saya belikan buku karya Teme Abdullah beberapa tahun lalu, untuk anakku yang remaja.
Masa tu, saya memang tanya orang buku apa sesuai untuk anak remaja. Ramai juga yang recommend kami cari buku karya Teme Abdullah ni.
Fikir saya, daripada saya paksa, baik saya baca dulu. Nanti senang nak jadikan bahan perbualan. Dan Akhirnyaaaaaaa saya dah habis 2 buku Teme Abdullah, Pelukis Jalanan dan Impian Jalanan. Kini di tangan saya, buku Arkitek Jalanan
Sungguh engaging bukunya. Saya tertipu dengan sangkaan ia buku untuk anak remaja hingga ke 20an sahaja. Oh, tidak, ia sangat sesuai 30, ke atas juga.
Boleh cari buku-buku tu di sini:
https://www.imanshoppe.com/search?q=teme-abdullah*…
Buku Pelukis Jalanan- Ia penceritaan kisah seorang pelajar universiti dalam bidang arkitek yang melalui liku-liku kehidupan belajar di London dengan duit sendiri. Macam-macam cabaran yang beliau hadapi sebab tak cukup duit.
Di sini, banyak selingan kata-kata yang menusuk kalbu, berunsur nasihat kehidupan. Tapi kita tak rasala macam ceramah motivasi. Storytelling beliau membuatkan kata-kata tu menyerap walaupun ringkas je.
Buku Impian Jalanan – Throwback kisah lampau zaman kanak-kanak beliau. Buku ni, sebagai seorang ibu dan seorang yang berada dalam industri pendidikan dan kanak-kanak, saya amat tersentuh.
Buku Arkitek Jalanan pula lagi detail story tentang kehidupan dia dan kawannya sebagai pelajar arkitek di UK yang belajar guna duit sendiri. Huh, memang recommend la kalau pelajar sekolah menengah, universiti nak baca. Sangat mengispirasikan . Ha kalau student Arkitek dan seangkatan dengannya pun lagila sesuai.
Ok buku ni mana nak cari 5 siri ni? Korang cari kat sini terus selalunya ada promo: https://www.imanshoppe.com/search?q=teme-abdullah*…