- Berlaku Adil Kepada Anak
- Memenuhi Hak Anak
- Berbicara sesuai dengan kefahaman anak
- Bermain dengan Anak
Buku ini saya belek buat sekian kalinya. Setiap kali membaca, macam saya baru tahu je. Walaupun rasa dah baca. Rasa tak bosan sebab gaya penulisan dia.
Semua point di atas ada yang dalam satu bab, dan ada juga dalam bab yang lain. Tetapi ia sebenarnya sangat saling berkait. Saya cuba mengambil point ini dan melihat isu semasa melibatkan kanak-kanak.
Lately, ramai yang mengetengahkan isu cabaran anak membaca di kalangan kanak-kanak. Ia adalah sebuah concern yang besar, tetapi bukan sesuatu isu mengejutkan kerana 2 tahun PKP, sudah lama kita semua terkejut juga.
Pada hari ini, ingin saya kongsikan apa yang boleh di perbaiki dalam konteks yang besar. Sebuah sistem. Dalam sistem semasa kita target anak ini boleh membaca, sistem ini perlu menyantuni dan memperhalusi perkara di atas.
Setiap perkara di atas, adalah sangat penting dalam memastikan anak tersebut boleh membaca. Saya tidak menyentuh di sini aspek teknikal. Perkara teknikal itu nanti boleh di masukkan dengan setelah memperhalusi perkara di atas.
1. Adil
Kita perlu adil pada anak. Mereka insan suci. Mereka bijak. Mereka melalui PKP 2 tahun fasa yang mereka sepatutnya aktif tetapi mereka dan kita diuji. Oleh kerana faktor ini, kita perlu memerhati, apakah skill dan keperluan perkembangan utama yang anak ini perlu. Mengapa ajar berlari sekiranya mereka baru dapat kaki.
2. Memenuhi Hak Anak
Anak juga ada hak yang perlu dipenuhi. Mereka berhak untuk mendapatkan perhatian yang sewajarnya. Sekiranya tak dapat cara A, mereka berhak untuk di beri harapan dan di ajar pendekatan lain. Bukan di abaikan, dan ditutup mata. Guna kaedah yang sama yang anak tak faham, yang anak tak suka.
3. Berbicara sesuai dengan kefahaman anak
Semasa kita mengajar, kita melihat respon anak kan? Melalui respon anak, kita boleh turut memberi respon dan disitulah kita boleh tahu, anak ni faham tak apa yang kita cakap, apa yang kita ajar. Sekiranya amalan sering berbicara dengan anak, sesuai dengan tahap mereka ini, kita tak lazimi, kita tak tahu sebenarnya anak ni mengikuti tak apa saya ajar.
4. Bermain dengan Anak
Bermain dengan anak, adalah satu keperluan. Ia adalah pelajaran bagi anak. Mereka belajar melalui bermain. Maka projek dan bermain memang perlu ada dalam proses belajar itu. Tak pernah buat dan jarang buat? Boleh cuba sekarang. Ada banyak aktiviti bermain yang membantu perkembangan literasi.