GANTI minat lain selain gajet

Diskusi diskusi santai bersama teman teman dan insan yang dekat dengan saya, akhirnya saya nak tulis artikel ini.

Tidak dinafikan ramai antara kita pasti ada gajet di rumah. Ia banyak membantu kita, dan tidak dapat dielakkan, ia juga ada mudaratnya

Situasi ini mungkin kita terasa terhimpit, terdesak, kerana kadang kala, kita ada urusan penting yang perlu siap dan akhirnya beri gajet kepada mereka.

Saya berpendapat tiada salahnya sekiranya ia dalam kawalan dan within limited time.

Tapi masalah yang berlaku, apabila mereka guna gajet sampai berjam jam, nak sangat, kalau tak dapat nangis, mengamuk dan lain lain. Anda lagi tahu perihal anak anda.

Tapi di sini saya ingin tulis bagi yang mencari solusi mengurangkan penggunaan gajet :

Bantulah anak kita untuk mencari minatnya. Minat yang sangat mereka minatlah. Dan ini memerlukan kerjasama dari kita sendiri. Ada anak suka membaca, suka bermain Role Play, suka buat art & craft, suka buat experiment, ada yang suka conteng conteng buku, ada yang suka main kad, dan macam macam lagi.

Di zaman mereka ini, mereka mungkin kurang pendedahannya, kitalah yang bantu mereka mengeksplorasi peluang peluang yang ada.

Usaha ini bukan sehari dua, ia memerlukan usaha berterusan dan tanpa jemu. Ada anak tidak suka perkara yang sama, dia suka tukar tukar.

Ada anak yang memang asyik dengan sesuatu aktiviti sahaja.

Hakikatnya, ibu ayah mempunyai laluan mudah untuk lebih kenal dengan minat anak dan membuka laluan itu serta memudahkan jalannya.

Kenapa nak susah-susah ni? Iya. Kerana kita tidak mahu anak kita jatuh cinta pada gajet. Untuk memastikan mereka tidak jatuh cinta pada gajet, kita perlu bantu mereka menggantikannya dengan minat yang lain.

Supaya tidaklah berlaku perkara perkara ini>>

Asal nak masak, bagi gajet

Asal nak sidai baju, bagi gajet

Asal nak siapkan kerja bagi gajet,

Asal nak bagi diam, bagi gajet

Asal nak rehat, bagi gajet

Bukan tak bagi lansung, tapi di bawah kawalan

Semoga usaha ini, membuahkan hasil buat semua

.

Bagi yang ada tips tambahan, amat di alu alukan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Betulke main PUZZLE Ni sangat membantu perkembangan kanak-kanak?

14 February 2025