Back Cover
Look Inside

Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck

Novel ini ditulis oleh HAMKA dan diterbitkan pada tahun 1938. Kisah cinta Hayati dan Zainuddin yang terhalang oleh adat minangkabau yang melihat harta kekayaan dan keturunan keluarga sebagai yang pertama dan tertinggi. Karya ini menjadi fenomena. Walau ditulis lebih 78 tahun yang lalu, ia masih lagi menjadi pilihan pembaca sehingga ke hari ini. Malah, sehingga diterjemahkan menjadi filem dan teater.

RM20.00

1 in stock

Category: Tags: ,

Tajuk: Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck
ISBN: 978-967-411-475-6
Penerbit: Publishing House
Penulis: Hamka
Tahun Terbitan: Cetakan Kedua belas,2020
Muka Surat: 294
Halaman: Hitam Putih
Format: Softcover
Berat (kg): 0.238
Dimensi (cm): 18.5cm x11.3cm x2cm

===========================

Inilah karya Hamka yang secara indah memberikan kisah cinta antara dua darjat. Cinta anak muda yang masih bergelora jiwanya.

Inilah juga karya Hamka yang secara lembut dan sopan, memberi kritik sosial yang tajam pada masyarakat, yang lebih memandang harta dan keturunan dengan beralaskan agama.

Inilah juga karya Hamka, yang bukan sahaja membuat bibir tersenyum bahagia, juga akan membuat dada sesak menahan hiba.

Karya yang akan membuatkan pembaca turut tenggelam dalam emosi dan makna, seperti Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck.

Novel ini ditulis oleh HAMKA dan diterbitkan pada tahun 1938. Kisah cinta Hayati dan Zainuddin yang terhalang oleh adat minangkabau yang melihat harta kekayaan dan keturunan keluarga sebagai yang pertama dan tertinggi. Karya ini menjadi fenomena. Walau ditulis lebih 78 tahun yang lalu, ia masih lagi menjadi pilihan pembaca sehingga ke hari ini. Malah, sehingga diterjemahkan menjadi filem dan teater.

HAMKA yang dipandang sebagai seorang ulama dan ahli agama dikritik hebat pada ketika itu oleh sebab menulis sebuah novel ‘roman’ cinta remaja. Tetapi jauh dari itu, HAMKA sebenarnya membuat kritikan sosial kepada Minangkabau di padang yang sangat mengutamakan adat. Novel ini telah mengkritik adat di Minangkabau pada ketika itu yang menjadikan darjat dan keturunan sebagai perkara yang besar sehingga memutuskan hubungan antara dua jiwa, digambarkan melalui watak Zainuddin dan Hayati.

Zainuddin, lelaki yang tidak punya apa-apa. Harta tidak, rupa tidak, cinta pun kosong. Pada ketika bertemu Hayati, Zainuddin mula sedar, yang harta itu boleh dicari, rupa itu boleh diterima seadanya, dan cinta, adalah satu anugerah Tuhan.

Datangnya cinta itu sebagai satu anugerah, dan perginya ia adalah satu bencana. Haryati terpaksa menikah bukan dengan dia. Patah hati Zainuddin. Tidak dia sedar, patah hati kerana cinta itu juga satu anugerah. Anugerah yang pada akhirnya mempertemukan dia semula dengan Hayati dalam suasana yang tidak dia sangka.

Weight 0.5 kg
Dimensions 18.5 × 11.3 × 2 cm
Format

Paperback

Muka Surat

294

Author

Hamka

Publisher

PTS Publishing House

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Editorial Review

Kisah Zainuddin yang punyai ayah asal Minangkabau, dan ibu Makasar. Di Makasar dia dianggap orang Minangkabau lalu tidak diterima bergaul. Apabila dia sudah menjadi yatim piatu, dia berangkat pula ke ranah Minang. Di sana, dia dianggap pula sebagai orang Makasar. Tidak juga diterima.

Itu membuat dia dipencilkan, lalu tersudut di suatu wilayah yang sepi. Sehinggalah dia bertemu dengan Hayati. Gadis yang digelar bunga Batipuh. Cantiknya tiada banding, dan Hayati sahaja yang sudi berkawan dengan dia. Mereka berbalas-balas surat. Yang akhirnya itu berubah menjadi cinta.

Cinta itu yang baru pucuk, rupa-rupanya akan dilanda badai. Ranah Minang yang kuat berpegang dengan adat, membuatkan Zainuddin tidak diterima. Pedihnya hati pada ketika hadirnya pula orang ketiga, Aziz, yang hampir sempurna. Malah diterima baik oleh keluarga Hayati. Itulah mulanya perit cinta, dan berhujung pada tenggelamnya Kapal Van Der Wijck.