Look Inside

Ar-Rahiq Al-Makhtum: Sirah Nabawiyyah

RM120.00

1 in stock

Category:

Tajuk: Ar-Rahiq Al-Makhtum – Sirah Nabawiyyah (Hardcover)
ISBN: 978-967-481-348-2
Penerbit: PTS Publishing House
Penulis: Safiyyur Rahman Al-Mubarakfuri
Tahun Terbitan: Cetakan Kedua, 2021
Muka Surat: 1,028
Halaman: Hitam Putih
Format: Hardcover
Berat (kg): 1.48
Dimensi (cm): 23.6 x 17 x 5.5

Di tengah-tengah masyarakat Arab yang sedang bergelumang dengan amalan yang menyimpang daripada ajaran Tuhan, lahir seorang manusia paling sempurna di atas muka Mekah. Muhammad bin Abdullah s.a.w., Rasul Allah yang mulia. Sebaik-baik kejadian manusia. Keperibadian Baginda adalah Al-Quran, kitab Allah yang sempurna.

Karya tentang sirah Nabi Muhammad s.a.w (perkataan, perbuatan, dan akhlak Baginda) ini dikarang oleh Syeikh Safiyyur Rahman Al-Mubarakfuri dari Universiti As-Salafiyyah, India. Karya ini diangkat sebagai johan dalam pertandingan antarabangsa mencipta buku sirah Nabi Muhammad s.a.w. anjuran badan kebajikan Islam, Rabitah Al-Alam Al-Islami di Persidangan Islam Asia Pertama pada tahun 1978.

Berlandaskan kecintaan beliau terhadap Baginda s.a.w., biografi lengkap ini ditulis dengan hasil kajian terperinci daripada sumber yang sahih sahaja. Melalui penulisan yang lengkap dan padat, penulis membawa pembaca merasai sendiri setiap momen kehidupan Rasulullah s.a.w. Daripada detik kelahiran, perjalanan kehidupan Baginda, fasa penyebaran dakwah, fasa hijrah ke Madinah, perihal peperangan, fasa perjanjian damai, sehingga detik terakhir Baginda s.a.w. bersama umatnya dan alam dunia.

Rahiq Makhtum, sebuah berkongsian tentang diri seorang Rasul Allah s.a.w. daripada seorang umat yang mengharap pengampunan daripada Allah s.w.t. dan syafaat daripada nabi-Nya.

 

 ISI KANDUNGAN:

 

  • KATA PENDAHULUAN SYEIKH MUHAMMAD ALI AL-HARAKAN
  • PEMBUKA BICARA DARIPADA PENULIS

 

  • BAB 1: KEDUDUKAN GEOGRAFI MASYARAKAT ARAB DAN KABILAH MEREKA
  • Kedudukan Geografi
  • Kabilah-kabilah Arab

 

  • BAB 2: SISTEM PEMERINTAHAN DAN KEPIMPINAN MASYARAKAT ARAB
  • Raja Yaman
  • Raja Hirah
  • Raja Syam
  • Pemerintahan di Hijaz
  • Pemerintahan dan kepimpinan orang-orang Arab secara umum
  • Keadaan politik

 

  • BAB 3: AGAMA MASYARAKAT ARAB
  • Keadaan agama

 

  • BAB 4: BEBERAPA GAMBARAN KEHIDUPAN SOSIAL MASYARAKAT ARAB
  • Keadaan sosial
  • Keadaan ekonomi
  • Aspek moral dan akhlak

 

  • BAB 5: KETURUNAN DAN KELUARGA NABI MUHAMMAD
  • Keturunan Nabi Muhammad
  • Keluarga Nabi Muhammad

 

  • BAB 6: KELAHIRAN DAN EMPAT PULUH TAHUN SEBELUM KENABIAN
  • Kelahiran
  • Dibesarkan bersama bani Saad
  • Nabi Muhammad dipulangkan kepada ibunya
  • Bersama datuk Nabi Muhammad
  • Nabi Muhammad dihantar kepada bapa saudaranya
  • Nabi Muhammad dijadikan perantaraan untuk menurunkan hujan
  • Pendeta Bahira
  • Peperangan Al-Fijar
  • Perjanjian Al-Fudhul
  • Menghadapi kehidupan yang memerlukan usaha dan kesungguhan
  • Berkahwin dengan Khadijah
  • Pembinaan Kaabah dan rundingan
  • Perjalanan hidup Muhammad sebelum menjadi nabi secara ringkas

 

  • BAB 7: DIPILIH MENJADI NABI DAN RASUL
  • Di gua Hira’
  • Jibril turun membawa wahyu
  • Terhentinya wahyu seketika
  • Jibril turun membawa wahyu untuk kali kedua
  • Perincian tentang jenis-jenis wahyu

 

  • BAB 8: PERINTAH UNTUK MENYEBARKAN DAKWAH DAN INTIPATI MESEJ YANG DISAMPAIKAN

 

  • BAB 9: PERINGKAT-PERINGKAT DAKWAH

 

  • BAB 10: PERINGKAT PERTAMA (MEMULAKAN DAKWAH)
  • Berdakwah selama tiga tahun secara rahsia
  • Golongan pertama yang memeluk Islam
  • Solat
  • Berita tentang dakwah sampai ke pengetahuan Quraisy secara umum

 

  • BAB 11: PERINGKAT KEDUA (BERDAKWAH SECARA TERBUKA)
  • Perkara pertama yang diperintahkan untuk berdakwah
  • Menyebarkan dakwah kepada keluarga dan orang-orang yang rapat
  • Di bukit Safa
  • Mengisytiharkan kebenaran secara terbuka dan reaksi orang-orang kafir
  • Pertemuan khas orang Quraisy dengan Abu Talib
  • Mesyuarat khas bagi mengelakkan para jemaah haji terpengaruh dengan dakwah Nabi Muhammad
  • Pelbagai cara yang digunakan untuk menghalang dakwah Nabi Muhammad
  • Seksaan dan penindasan
  • Rumah Al-Arqam
  • Hijrah yang pertama ke Habsyah
  • Muslihat orang Quraisy terhadap orang yang berhijrah ke Habsyah
  • Orang Quraisy memberikan ancaman kepada Abu Talib
  • Orang Quraisy bertemu dengan Abu Talib dalam pertemuan seterusnya
  • Konspirasi pelampau-pelampau Quraisy untuk membunuh Nabi Muhammad
  • Hamzah memeluk Islam
  • Umar bin Al-Khattab memeluk Islam
  • Wakil Quraisy bertemu dengan Nabi Muhammad untuk berunding
  • Abu Talib menghimpunkan keluarga Hasyim dan keluarga Abdul Mutalib

 

  • BAB 12: MEMBOIKOT DAN MEMUTUSKAN HUBUNGAN
  • Melakukan kezaliman dan permusuhan
  • Tiga tahun berada dalam perlindungan Abu Talib
  • Membatalkan perjanjian yang disepakati

 

  • BAB 13: WAKIL RUNDINGAN QURAISY YANG TERAKHIR BERTEMU DENGAN ABU TALIB

 

  • BAB 14: TAHUN YANG DISELUBUNGI KESEDIHAN
  • Abu Talib meninggal dunia
  • Khadijah meninggal dunia
  • Kesedihan yang bertimpa-timpa
  • Berkahwin dengan Saudah

 

  • BAB 15 : FAKTOR-FAKTOR YANG MEMBINA SIFAT SABAR DAN KENTAL

 

  • BAB 16: PERINGKAT KETIGA (MENYEBARKAN DAKWAH DI LUAR MEKAH)
  • Berdakwah di Taif

 

  • BAB 17: MENYEBARKAN ISLAM KEPADA KABILAH DAN INDIVIDU
  • Kabilah-kabilah yang diseru kepada Islam
  • Orang-orang yang beriman di luar kawasan Mekah
  • Enam penduduk Yatsrib yang baik menerima Islam
  • Sekilas tentang perkahwinan Nabi Muhammad dengan Aisyah

 

  • BAB 18: PERISTIWA ISRA’ DAN MI’RAJ (PERJALANAN MALAM DAN DINAIKKAN KE LANGIT)

 

  • BAB 19: PERJANJIAN AQABAH YANG PERTAMA
  • Duta Islam di Madinah
  • Kejayaan yang mengembirakan

 

  • BAB 20: PERJANJIAN AQABAH KEDUA
  • Permulaan perbincangan dan jangkaan Al-Abbas terhadap bahaya yang bakal menanti
  • Butir-butir perjanjian
  • Mengesahkan dan meneliti bahaya perjanjian ini
  • Mengucapkan ikrar perjanjian
  • Dua belas orang ketua
  • Ketua dan wakil kabilah Khazraj
  • Ketua dan wakil kabilah Aus
  • Syaitan membocorkan rahsia perjanjian
  • Orang Ansar bersedia untuk menyerang orang Quraisy
  • Orang Quraisy menghantar wakil bagi menggertak ketua-ketua penduduk Yatsrib
  • Berita tentang perjanjian itu disahkan oleh pihak Quraisy dan mereka memburu pihak yang terlibat

 

  • BAB 21: PERMULAAN HIJRAH

 

  • BAB 22: DI DAR AN-NADWAH (PARLIMEN ORANG-ORANG QURAISY)
  • Perbincangan dan pakatan melampau orang Quraisy untuk membunuh Nabi Muhammad

 

  • BAB 23: NABI MUHAMMAD BERHIJRAH KE MADINAH
  • Rumah Nabi Muhammad dikepung
  • Nabi Muhammad meninggalkan rumahnya
  • Dari rumah menuju ke gua
  • Mereka berdua berlindung di dalam gua
  • Perjalanan ke Madinah
  • Tiba di Quba’
  • Memasuki Madinah

 

  • BAB 24: KEHIDUPAN DI MADINAH (FASA MADINAH)

 

  • BAB 25: PETA PETEMPATAN KABILAH-KABILAH YATHRIB SEMASA PENGHIJRAHAN DI MADINAH

 

  • BAB 26: PERINGKAT PERTAMA: KEADAAN MADINAH SEMASA HIJRAH

 

  • BAB 27: MEMBENTUK MASYARAKAT BAHARU
  • Masjid Nabawi dibina
  • Mempersaudarakan orang-orang Islam
  • Asas perjanjian bersama pakatan Islam
  • Kesan perlembagaan ini dalam masyarakat

 

  • BAB 28: PERJANJIAN DENGAN ORANG-ORANG YAHUDI
  • Isi-isi utama perjanjian

 

  • BAB 29: PENENTANGAN DITERUSKAN
  • Pihak Quraisy mengganggu dan mengancam orang-orang Islam serta berhubung dengan Abdullah bin Ubai
  • Orang-orang Islam dihalang daripada masuk ke dalam Masjidil Haram
  • Orang Quraisy menakut-nakutkan orang Muhajirin
  • Diberi kebenaran untuk berperang
  • Peperangan yang disertai oleh Nabi Muhammad (Ghazwah) dan yang tidak disertai oleh baginda (Sariyyah) sebelum peperangan Badar

 

  • BAB 30: PEPERANGAN BADAR: PEPERANGAN PERTAMA ISLAM YANG TERHEBAT
  • Sebab tercetusnya peperangan
  • Kekuatan tentera Islam dan pembahagian kepimpinan ketenteraan
  • Tentera Islam bergerak menuju ke Badar
  • Penduduk Mekah diberi peringatan
  • Penduduk Mekah bersedia untuk pergi berperang
  • Kekuatan tentera Mekah
  • Masalah antara kabilah Quraisy dengan kabilah Bakar
  • Tentera Mekah bergerak ke medan pertempuran
  • Rombongan perniagaan Quraisy dapat melarikan diri
  • Rancangan tentera Mekah untuk pulang
  • Tentera Islam berada dalam situasi yang kritikal
  • Mesyuarat rundingan
  • Tentera Islam meneruskan perjalanan
  • Nabi Muhammad melakukan misi tinjauan
  • Mendapatkan maklumat yang terpenting tentang tentera Mekah
  • Turunnya Hujan
  • Tentera Islam berada dahulu di kawasan peperangan yang terpenting
  • Pusat kepimpinan
  • Meningkatkan persediaan untuk tentera Islam dan mendirikan solat malam
  • Tentera Mekah di ambang peperangan dan perpecahan yang berlaku sesama mereka
  • Dua pasukan tentera bertembung
  • Saat terakhir yang mencetuskan peperangan
  • Pertarungan satu lawan satu
  • Serangan menyeluruh
  • Nabi Muhammad berdoa dan merayu kepada tuhannya:
  • Malaikat turun membantu tentera Islam
  • Serangan balas
  • Iblis beredar dari medan pertempuran
  • Kekalahan yang sangat teruk
  • Abu Jahal bertahan
  • Kematian Abu Jahal
  • Keimanan yang tiada galang gantinya dalam peperangan ini
  • Tentera yang terbunuh daripada kedua-dua belah pihak
  • Penduduk Mekah menerima berita kekalahan pihak Quraisy
  • Penduduk Madinah menerima berita kemenangan orang-orang Islam
  • Tentera Nabi Muhammad bergerak ke Madinah
  • Penghargaan dan ucapan tahniah kepada Nabi Muhammad
  • Isu tawanan perang
  • Al-Quran berbicara tentang peperangan Badar

 

  • BAB 31: AKTIVITI KETENTERAAN ANTARA PEPERANGAN BADAR DAN UHUD
  • Peperangan bani Sulaim di Al-Kudr
  • Konspirasi untuk membunuh Nabi Muhammad
  • Peperangan bani Qainuqa’
  • Orang-orang Yahudi melakukan rancangan yang jahat dan mengungkit kisah lama
  • Bani Qainuqa’ melanggar perjanjian
  • Kepungan, penyerahan diri dan pengusiran
  • Peperangan Sawiq
  • Peperangan Zu Amar
  • Kaab bin Al-Asyraf dibunuh
  • Peperangan Buhran
  • Operasi ketenteraan Zaid bin Tsabit

 

  • BAB 32: PEPERANGAN UHUD
  • Persediaan pihak Quraisy untuk peperangan yang sengit
  • Kekuatan tentera Quraisy dan kepimpinannya
  • Tentera Mekah bergerak ke medan pertempuran
  • Unit risikan tentera Madinah mengesan pergerakan musuh
  • Persediaan orang-orang Islam untuk menghadapi kecemasan
  • Tentera Mekah memasuki tembok pertahanan Madinah
  • Mesyuarat diadakan untuk memperkemas strategi pertahanan
  • Mempersiapkan pasukan tentera Islam dan keluar ke medan pertempuran
  • Memeriksa barisan tentera Islam
  • Bermalam di kawasan di antara Uhud dan Madinah
  • Abdullah bin Ubai dan rakan-rakannya mengundurkan diri
  • Pasukan tentera Islam yang masih kekal meneruskan perjalanan ke Uhud
  • Strategi pertahanan
  • Nabi Muhammad meniupkan semangat keberanian dalam diri tentera Islam
  • Persediaan tentera Mekah
  • Strategi peperangan yang licik daripada pihak Quraisy
  • Usaha para wanita Quraisy dalam menaikkan semangat mereka
  • Pencetus api peperangan
  • Pasukan pemegang panji pihak Quraisy mengalami serangan yang teruk dan kematian pemegangnya
  • Menggempur tentera Quraisy hingga ke akhirnya
  • Kematian Hamzah bin Abdul Mutalib (Dia digelar singa Allah)
  • Tentera Islam masih menguasai peperangan
  • Dari pangkuan seorang wanita ke medan pertempuran
  • Situasi pasukan pemanah dalam peperangan Uhud
  • Kekalahan di pihak tentera kafir
  • Pasukan pemanah melakukan kesalahan besar
  • Khalid bin Al-Walid mengepung tentera Islam
  • Pendirian Nabi Muhammad yang berani menghadapi kepungan
  • Posisi dan kekuatan tentera Islam mula retak
  • Serangan yang sengit terhadap Nabi Muhammad
  • Saat yang paling kritikal dalam kehidupan Nabi Muhammad
  • Para sahabat mula berkumpul bersama Nabi Muhammad
  • Tentera orang kafir menggandakan serangan
  • Kepahlawanan yang jarang-jarang ditemui
  • Khabar angin tentang kematian Nabi Muhammad dan kesannya dalam peperangan
  • Nabi Muhammad meneruskan pertempuran dan menyelamatkan keadaan
  • Ubai bin Khalaf terbunuh
  • Talhah mengangkat Nabi Muhammad
  • Serangan terakhir yang dilakukan oleh tentera kafir
  • Mayat-mayat tentera Islam yang terkorban dirobek-robek
  • Kesediaan wira-wira Islam untuk meneruskan peperangan hingga ke garisan penamatnya
  • Peristiwa setelah Nabi Muhammad berada di lereng bukit
  • Kesombongan Abu Sufian selepas peperangan berakhir dan perbualannya bersama Umar
  • Membuat perjanjian untuk berperang lagi di Badar
  • Mengenal pasti pergerakan musuh
  • Mencari tentera Islam yang terkorban dan tercedera
  • Tentera Islam yang terkorban dikumpulkan dan dikebumikan
  • Nabi Muhammad memuji dan berdoa kepada tuhannya
  • Pulang ke Madinah dan diiringi dengan kecintaaan dan keikhlasan yang tiada taranya
  • Nabi Muhammad tiba di Madinah
  • Tentera yang terkorban daripada kedua-dua belah pihak
  • Berwaspada dengan hal-hal yang mencemaskan di Madinah
  • Peperangan Hamra’ Al-Asad
  • Al-Quran berbicara tentang peperangan Uhud
  • Hikmah dan rahsia yang tersirat dalam peperangan Uhud

 

  • BAB 33: OPERASI KETENTERAAN ANTARA PEPERANGAN UHUD DAN AHZAB
  • Operasi ketenteraan Abu Salamah
  • Operasi serangan yang diketuai oleh Abdullah bin Unais
  • Tragedi di Raji’
  • Tragedi Bi’r Ma’unah
  • Peperangan bani Nadhir
  • Peperangan Najd
  • Peperangan Badar Kedua
  • Peperangan Dumatul Jandal

 

  • BAB 34: PEPERANGAN AHZAB

 

  • BAB 35: PEPERANGAN BANI QURAIZAH

 

  • BAB 36: AKTIVITI KETENTERAAN SELEPAS PEPERANGAN INI
  • Sallam bin Abi Al-Huqaiq dibunuh
  • Operasi ketenteraan Muhammad bin Maslamah
  • Peperangan bani Lahyan
  • Meneruskan operasi penghantaran pasukan tentera

 

  • BAB 37: PEPERANGAN BANI MUSTALIQ DAN PEPERANGAN MURAISI’
  • Peranan orang-orang munafik sebelum peperangan bani Mustaliq
  • Peranan orang-orang munafik semasa peperangan bani Mustaliq
  • Kata-kata orang munafik “Jika kita kembali ke Madinah, sudah tentu orang yang kuat akan mengusir keluar daripadanya orang yang lemah”
  • Peristiwa fitnah dan tuduhan palsu

 

  • BAB 38: OPERASI KETENTERAAN SELEPAS PEPERANGAN MURAISI’

 

  • BAB 39: PERJANJIAN HUDAIBIYAH
  • Sebab umrah Hudaibiyah
  • Orang-orang Islam bersiap-sedia untuk ke Mekah
  • Orang-orang Islam bergerak ke Mekah
  • Percubaan orang-orang kafir untuk menghalang orang-orang Islam daripada memasuki Masjidil Haram
  • Menukar laluan perjalanan dan menghindari pertumpahan darah
  • Budail menjadi orang tengah antara Nabi Muhammad dan orang Quraisy
  • Utusan-utusan Quraisy
  • “Dialah yang menahan tangan mereka daripada melakukan perkara yang buruk terhadapmu”
  • Utsman bin Affan menjadi duta untuk berunding dengan orang Quraisy
  • Khabar angin tentang kematian Utsman dan Bai’ah (Perjanjian taat setia) Ridhwan
  • Memeterai perjanjian damai dan butir-butirnya
  • Cerita tentang Abu Jandal semasa perjanjian sedang ditulis
  • Menyembelih dan bercukur untuk membebaskan diri daripada keadaan berihram
  • Menolak permintaan untuk mengembalikan semula wanita Muhajirin kepada suami mereka yang kafir
  • Apa yang menjadi masalah dalam isi-isi perjanjian Hudaibiyah kepada orang Quraisy?
  • Kesedihan orang-orang Islam dan perbincangan Umar dengan Nabi Muhammad
  • Krisis orang-orang yang lemah telah berakhir
  • Pahlawan-pahlawan Quraisy memeluk Islam

 

  • BAB 40: PERINGKAT KEDUA (FASA YANG BAHARU)

 

  • BAB 41: MENGUTUSKAN SURAT KEPADA MAHARAJA DAN PEMIMPIN
  • Mengutuskan surat kepada Najashi, Raja Habsyah
  • Mengutuskan surat kepada Muqauqis, Raja Mesir
  • Mengutuskan surat kepada Kisra, Maharaja Parsi
  • Mengutuskan surat kepada Kaisar, Maharaja Rom
  • Mengutuskan surat kepada Al-Munzir bin Sawi
  • Mengutuskan surat kepada Hauzah bin Ali, Penguasa Al-Yamamah
  • Mengutuskan surat kepada Al-Harits bin Abi Syamir Al-Ghassani, Pemimpin Damsyiq
  • Mengutuskan surat kepada Raja Oman

 

  • BAB 42: AKTIVITI KETENTERAAN SELEPAS PERJANJIAN DAMAI HUDAIBIYAH
  • Peperangan Al-Ghabah atau peperangan Zu Qarad
  • Peperangan Khaibar dan Wadi Al-Qura
  • Sebab peperangan ini
  • Bertolak ke Khaibar
  • Bilangan tentera Islam
  • Orang-orang munafik membuat hubungan dengan orang-orang Yahudi
  • Perjalanan ke Khaibar
  • Beberapa peristiwa yang berlaku dalam perjalanan
  • Tentera Islam menuju ke tembok pertahanan Khaibar
  • Persediaan untuk berperang dan mengepung Khaibar
  • Permulaan peperangan dan pembukaan kubu Naim
  • Pembukaan kubu As-Sa’ab bin Muaz
  • Pembukaan kubu Az-Zubair di puncak bukit
  • Pembukaan kubu Ubai di puncak bukit
  • Pembukaan kubu An-Nizar
  • Pembukaan peringkat kedua di Khaibar
  • Mengadakan rundingan
  • Dua orang anak Abi Al-Huqaiq dibunuh kerana melanggar perjanjian
  • Pembahagian harta rampasan perang
  • Ketibaan Jaafar bin Abi Talib dan orang-orang daripada kabilah Asy’ari
  • Berkahwin dengan Safiyyah
  • Hidangan kambing biri-biri yang beracun
  • Kematian daripada kedua-dua belah pihak dalam peperangan Khaibar
  • Orang Yahudi Fadak
  • Di Wadi Al-Qura
  • Di Taima’
  • Pulang ke Madinah

 

  • BAB 43: OPERASI KETENTERAAN ABAN BIN SAAD

 

  • BAB 44: OPERASI KETENTERAAN DAN PEPERANGAN YANG LAIN PADA TAHUN 7H
  • Peperangan Zat Ar-Riqa’

 

  • BAB 45: MENGGANTIKAN UMRAH YANG TERTANGGUH

 

  • BAB 46: PEPERANGAN MU’TAH
  • Sebab berlakunya peperangan ini
  • Para pemimpin tentera dan wasiat Nabi Muhammad
  • Tentera Islam mengucapkan selamat tinggal dan tangisan Abdullah bin Rawahah
  • Tentera Islam bergerak dan berhadapan dengan situasi yang mengejutkan
  • Mesyuarat rundingan di Ma’an
  • Tentera Islam bergerak ke arah kedudukan pihak musuh
  • Pertempuran bermula dan penggantian pemimpin
  • Panji diserahkan kepada sahabat yang digelar Pedang Allah
  • Peperangan berakhir
  • Kematian daripada kedua-dua belah pasukan
  • Kesan peperangan ini

 

  • BAB 47: OPERASI KETENTERAAN ZAT AS-SALASIL

 

  • BAB 48: OPERASI KETENTERAAN ABU QATADAH KE KHADRAH

 

  • BAB 49: PEPERANGAN UNTUK MEMBUKA MEKAH
  • Sebab peperangan ini
  • Abu Sufian pergi ke Madinah untuk memperbaharui perjanjian damai
  • Persediaan untuk berperang dan menyembunyikan rancangan untuk membuka Mekah
  • Tentera Islam bergerak ke Mekah
  • Tentera Islam tiba di Mar Az-Zahran
  • Abu Sufian berjumpa dengan Nabi Muhammad
  • Tentera Islam meninggalkan Mar Az-Zahran menuju ke Mekah
  • Orang Quraisy cemas dengan kedatangan Tentera Islam
  • Tentera Islam berada di Zu Tuwa
  • Tentera Islam memasuki Mekah
  • Nabi Muhammad memasuki Masjidil Haram dan menyucikannya daripada berhala
  • Nabi Muhammad mendirikan solat di dalam Kaabah dan berucap di hadapan orang Quraisy
  • “Tidak ada cercaan atasmu hari ini”
  • Kunci Kaabah diberikan kepada orang yang berhak
  • Bilal melaungkan azan di atas Kaabah
  • Solat kemenangan atau solat kesyukuran
  • Pembesar dan pemimpin yang jahat dibunuh
  • Safwan bin Umaiyah dan Fadhalah bin Umar memeluk Islam
  • Khutbah Nabi Muhammad pada hari kedua pembukaan Mekah
  • Golongan Islam Ansar bimbang Nabi Muhammad akan terus menetap di Mekah
  • Melafazkan Bai’ah (sumpah taat setia)
  • Nabi Muhammad berada di Mekah dan usaha-usaha yang baginda lakukan

 

  • BAB 50: MISI KETENTERAAN DAN DAKWAH

 

  • BAB 51: PERINGKAT KETIGA

 

  • BAB 52: PEPERANGAN HUNAIN
  • Perjalanan pihak musuh dan ketibaan mereka di Autas
  • Pengalaman dalam peperangan mengatasi pandangan pemimpin
  • Pasukan peninjau pihak musuh
  • Pasukan peninjau Nabi Muhammad
  • Nabi Muhammad meninggalkan Mekah dan menuju ke Hunain
  • Tentera Islam dan pasukan pemanah Muhajirin dalam saat yang kritikal
  • Orang-orang Islam kembali semula dan peperangan yang sengit berlaku
  • Kekuatan pihak musuh mula retak dan kekalahan yang teruk
  • Gerakan memburu musuh
  • Harta rampasan perang

 

  • BAB 53: PEPERANGAN TAIF
  • Pembahagian harta rampasan perang di Ji’ranah
  • Orang-orang Ansar memendam rasa dan terkilan
  • Ketibaan rombongan kabilah Hawazin
  • Menunaikan umrah dan pulang ke Madinah

 

  • BAB 54: OPERASI KETENTERAAN DAN DAKWAH SELEPAS PEMBUKAAN MEKAH
  • Para sahabat yang diberi tanggungjawab untuk menyebarkan dakwah
  • Operasi-operasi ketenteraan

 

  • BAB 55: PEPERANGAN TABUK
  • Sebab peperangan ini
  • Berita awal tentang persediaan orang-orang Rom dan Ghassan untuk berperang
  • Berita terperinci tentang persediaan orang-orang Rom dan Ghassan untuk berperang
  • Bahaya semakin bertambah
  • Nabi Muhammad memberi keputusan untuk segera melancarkan serangan
  • Mengisytiharkan persediaan untuk menentang orang-orang Rom
  • Orang-orang Islam berlumba-lumba membuat persediaan untuk berperang
  • Tentera Islam menuju ke Tabuk
  • Tentera Islam berada di Tabuk
  • Pulang ke Madinah
  • Orang-orang yang tidak turut serta dalam peperangan ini
  • Kesan peperangan ini
  • Ayat-ayat Al-Quran diturunkan untuk menjelaskan peperangan ini
  • Beberapa kejadian dan peristiwa yang penting dalam tahun ini

 

  • BAB 56: ABU BAKAR DILANTIK SEBAGAI KETUA JEMAAH HAJI

 

  • BAB 57: PENGAJARAN DARIPADA PEPERANGAN YANG TELAH BERLAKU

 

  • BAB 58: ORANG RAMAI BERDUYUN-DUYUN MEMELUK ISLAM

 

  • BAB 59: ROMBONGAN YANG DATANG KE MADINAH

 

  • BAB 60: KEJAYAAN DAKWAH DAN KESANNYA

 

  • BAB 61: HAJI WADA’ (HAJI PERPISAHAN)

 

  • BAB 62: MISI KETENTERAAN YANG TERAKHIR

 

  • BAB 63: KEWAFATAN NABI MUHAMMAD
  • Tanda-tanda Nabi Muhammad akan meninggalkan dunia
  • Ditimpa sakit
  • Minggu yang terakhir
  • Lima hari sebelum kewafatan Nabi Muhammad
  • Empat hari sebelum kewafatan
  • Sehari atau dua hari sebelum kewafatan
  • Sehari sebelum kewafatan
  • Hari yang terakhir
  • Menghadapi nazak
  • Kesedihan yang amat dirasai oleh para sahabat
  • Pendirian Umar
  • Pendirian Abu Bakar
  • Menguruskan jenazah baginda dan pengebumiannya

 

  • BAB 64: ISTERI-ISTERI NABI MUHAMMAD

 

  • BAB 65: CIRI-CIRI FIZIKAL DAN AKHLAK NABI MUHAMMAD
  • Bentuk fizikal yang sempurna
  • Kesempurnaan diri dan akhlak yang terpuji
Weight 2 kg
Dimensions 25.5 × 18.5 × 5.4 cm
Format

Paperback

Muka Surat

600

Author

Safiyyur Rahman Al-Mubarakfuri

Publisher

PTS Publishing House

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Ar-Rahiq Al-Makhtum: Sirah Nabawiyyah”

Your email address will not be published. Required fields are marked *